Program Sejiwa Senada Sarawak

Program Sejiwa Senada Sarawak merupakan salah satu daripada aktiviti pelan transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di mana pihak kerajaan turun padang bertemu dengan rakyat. Ha, macam ni la yang kita nak. Berkongsi permasalahan dari hati ke hati. Nanti pihak atasan tahu, apa masalah yang dihadapi rakyat. Selanjutnya memperbaiki dan mencari solusi pada masalah tersebut. Sangat bagus! Memberi faedah dan manfaat buat rakyat Sarawak.

Jadual Program Sejiwa Senada Tahun 2016
Miri (8 – 10 Januari 2016)
Dataran Sibu (15 - 17 Januari 2016)
Tempat Letak Kereta Pasar Lama Mukah (12 - 14 Februari 2016)
 Tempat Letak Kereta Pasar Saratok (12 - 14 Februari 2016)
 Stadium Sarikei (19 - 21 Februari 2016)
Dewan Suarah Kapit (4 - 6 Mac 2016)

Tengok jadual di atas, Program Sejiwa Senada Sarawak di Mukah akan diadakan pada 12 hingga 14 Februari. Yakni selepas Tahun Baru Cina. Confirm nak pergi tengok la nanti, ada apa yang menarik dalam penganjuran Program Sejiwa Senada Sarawak ni.

program sejiwa senada sarawak, jadual program sejiwa senada tahun 2016, matlamat sejiwa senada, faedah manfaat sejiwa senada untuk rakyat sarawak
Gambar perasmian Program Sejiwa Senada Sarawak

Matlamat Program Sejiwa Senada untuk merapatkan hubungan kerajaan negeri dan persekutuan dengan rakyat atau semua lapisan masyarakat setempat yang melibatkan penjawat awam termasuk wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Program Sejiwa Senada diharap akan mempertingkatkan lagi interaksi dan komunikasi dua hala yang efektif dan berkesan antara kedua-dua pihak. Usaha ini juga adalah untuk menggalakkan ketelusan dan kefahaman yang tinggi dikalangan rakyat terutama mengenai penambahbaikan yang berterusan yang diusahakan oleh pihak kerajaan dalam sistem/prosedur/proses penyampaian perkhidmatan awam kita di negeri Sarawak. Yeah, sokong sangat!



program sejiwa senada sarawak, jadual program sejiwa senada tahun 2016, matlamat sejiwa senada, faedah manfaat sejiwa senada untuk rakyat sarawak
Tarikh dan lokasi Program Sejiwa Senada Sarawak

Program Sejiwa Senada akan menjelajah ke semua Bahagian di Negeri Sarawak dan akan berada di Bahagian tersebut selama 3 hari iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. So, dah semak lokasi korang? Bila tarikhnya? Tandakan pada kalendar dalam telefon pintar korang. Mesti meriah dan banyak aktiviti menarik menerusi Program Sejiwa Senada Sarawak.

No comments:

Post a Comment