Cerekarama Kaarlisa TV3

Sinopsis Kaarlisa Cerekarama V3 | DRAMA KARLISA TV3.  Kaarlisa mengisahkan hubungan kekeluargaan yang diuji dengan rasa cemburu dan kasih sayang. Karmila (Ruhainies) dan Karlisa adalah anak- anak kepada Puan Farah dan Tuan Bahrin. Sewaktu Karmila mengetahui dia akan mendapat adik, dia merasa sungguh gembira dan tidak sabar menunggu kelahiran adiknya itu.

Karmila menamakan adik perempuanya itu dengan nama Karlisa. Namun selepas beberapa minggu, Karmila mula berubah apabila merasakan segala perhatian terhadapnya dahulu kini tercurah hanya kepada adiknya itu. Karmila mula rasa tersisih dan tidak dimanjakan oleh ibu bapanya. Karmila mula membenci adiknya kerana baginya kehadiran Karlisa telah merampas kasih sayang ayah dan ibunya.

Menginjak dewasa, Karmila tetap membenci adiknya itu. Karlisa, atau lebih mesra dipanggil adik membesar menjadi seorang kanak-kanak yang bijak. Adik tetap tersenyum dan bersabar setiap kali dimarahi oleh kakaknya.

Seringkali dimarahi Karmila, adik akan semakin mendekati Karmila sehinggalah pada suatu hari, Karmila menjadi berang dan menolak adik sehingga mengalami kecederaan hanya kerana adik masuk ke biliknya. Selepas kejadian itu, adik mengelakkan dirinya daripada mendekati Karmila. Adik banyak menghabiskan masa di dalam bilik sambil melukis potret kakaknya beserta kata-kata yang ingin disampaikan pada Karmila.

Suatu hari, Puan Farah meminta Karmila untuk mengambil adik pulang dari sekolah kerana dia mempunyai urusan penting. Karmila memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari mengambil adik tetapi akhirnya dia akur.

Tetapi kerana kealpaan Karmila, dia terlupa dan terlewat untuk menjemput adik. Sebaik tiba di sekolah, Karmila panik apabila mendapati adik tiada walaupun puas dicarinya. Apakah yang terjadi kepada adik dan adakah masih ada ruang buat adik untuk mendapat sedikit tempat di hati kakaknya itu? Saksikan segalanya dalam cerekarama Kaarlisa di kaca tv anda.

Pelakon Cerekarama Kaarlisa TV3
Ruhainies, Qistina Raishah, Watie Sadali, Rasheed Ahmad dan Fizz Fairuz

Sinopsis Kaarlisa cerekarama TV3, pelakon dan gambar cerekarama Kaarlisa TV3, drama telefilem Kaarlisa TV3
Gambar Cerekarama Kaarlisa TV3
  
Saksikan cerekarama  Kaarlisa
Tarikh Kaarlisa disiarkan: 9 April 2016
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment