Perkembangan Bayi Usia 7 Bulan

Dalam tak sedar usia baby Amirah dah cecah umur 7 bulan Februari 2016. Apakah tingkah laku bayi ketika umur 7 bulan. Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi di usia 7 bulan.

Perkembangan Bayi Usia 7 Bulan
1. Bayi suka melonjak-lonjak
Bayi 7 bulan, sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak.

2. Bayi belajar memegang barang
Bayi usia 7 bulan, sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan kita).

3. Bayi mula tumbuh gigi
Umur 7 bulan bermulanya saat bayi mula tumbuh gigi. Semasa bayi mula tumbuh gigi, terdapat banyak lelehan air liur yang akan keluar dari mulut bayi.

4. Sifat ingin tahu bayi dan langgar arahan
Bayi telah diberitahu telefon tidak boleh dimain, manakala mainan pula tidak boleh dicampak sesuka hati. Walaupun telah diberitahu tetapi bayi tidak akan mematuhi arahan kita. Ini kerana sifat ingin tahunya dan juga mereka tidak dapat mengingati arahan kita. Taktik terbaik ialah bagi menyatakan ’tidak boleh’ adalah dengan mengalihkan perhatiannya.

5. Bayi enggan berpisah dengan ibunya
Ada di antara bayi enggan tidur berasingan dengan ibunya. Dia mahu tidur bersama ibunya. Sesetengah orang seperti orang putih membiasakan anaknya walaupun masih bayi tidur di bilik berlainan. Kalau macam aku sendiri, mestilah nak tidur dengan baby Amirah yang comel lagi bambam tu.

6. Kemahiran mengenal
Sekarang bayi sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika kita bercakap kuat.

7. Alat mainan kegemaran bayi
Bayi usia 7 bulan cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya. Bayi akan membantah apabila kita cuba mengambil mainan kesayangannya. Belilah mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Gambar Bayi Usia 7 Bulan
Perkembangan bayi usia 7 bulan, cara mendidik anak ketika usia bayi 7 bulan, tingkah laku bayi umur 7 bulan, panduan mengajar anak ketika masih bayi, gambar bayi usia 7 bulan, umur bayi mula tumbuh gigi

Cara Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 7 Bulan
1. Usaha mendapatkan alat mainan berkedudukan jauh
Letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepada bayi tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Bayi akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika kita tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Biasanya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula.

2. Memahami bagaimana objek berhubung kait
Bayi mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Jadi, belilah mainan blok agar bayi dapat mempelajari sesuatu dari permainan itu. Permainan (baa-cak) juga adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi bayi. Buat permainan main sorok barang dalam selimut dan dan bayi pasti suka dan seronok mencari barangan yang disembunyikan. 
Perkembangan bayi usia 7 bulan, cara mendidik anak ketika usia bayi 7 bulan, tingkah laku bayi umur 7 bulan, panduan mengajar anak ketika masih bayi, gambar bayi usia 7 bulan, umur bayi mula tumbuh gigi
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan

Tahniah! Kini bayi anda sudah pun berumur 7 bulan. Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 7 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.

No comments:

Post a Comment