Baca Online Novel Titian
Cinta Bab 1 Hingga Bab 32 Karya Ridhya Iman
Baca novel online Titian Cinta bab 1 – bab 35: Ada yang tercari-cari
bahan bacaan online untuk novelTitian Cinta? Haa…berita baik untuk
semua. Sebahagian bab dalam novel Titian Cinta ni telah disiarkan untuk
bacaan umum. Sambil tonton drama Titian
Cinta, boleh tahu jalan cerita drama tersebut. Jom baca novel online!
Baca online novel Titian Cinta:Titian Cinta mengisahkan ujian sebuah perkahwinan umpama retak menanti belah. Itulah
yang berlaku dalam rumah tangga Aisy dan Harris, angkara sebuah fitnah. Dulu,
dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat
tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji
yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang
terjadi.
Sinopsis Drama Titian Cinta TV3 Lakonan Farah Nabilah Dan Zul Ariffin
Titian Cinta mengisahkan cinta antara Rahadatul ‘Aisy (Farah Nabilah) dengan Umayr
Harris (Zul Ariffin) yang diuji pelbagai onak dan duri. Umayr Harris pernah
menghinanya! Menghalaunya dari rumah. Hingga menyebabkan kandungan anaknya
gugur. Kecewa dengan suaminya, berserta fitnah dilemparkan, ‘Aisy membawa diri.