Ads GA Leaderhead
Resepi Ayam Panggang Simple Dan Mudah
Resepi Ikan Sardin Masak Kari
Video masakan ikan sardin masak kari paling simple. Cepat dimasak. Anda kena cuba. Penyediaan cukup ringkas. Resepi ikan sardin. Resepi ikan sardin masak kari ni menjadi kesukaan hidangan sekeluarga. Selain kicap, ikan goreng, jom cuba ikan sardin masak kari ni. Yummy.
Bahan yang diperlukan untuk membuat ikan sardin masak kari antaranya ikan sardin, bawang bombay, bawang putih, halia, bawang holland, asam jawa, santan, serai dan serbuk kari. Lihat sini:
PANDUAN CARA MASAK IKAN SARDIN KARI SUPER SIMPLE TAPI SEDAP GILER
Cara memasak ikan sardin masak kari. Mula-mula siang ikan sardin terlebih dahulu. Seterusnya cuci ikan sardin sebersihnya. Kisar bawang holland, bawang bombay, bawang putih dan halia. Kemudian tumis. Masukkan serai, asam jawa, santan, serbuk kari dan ikan sardin. Simple kan. Sajian ikan sardin masak kari kesukaan kami sekeluarga.
Resepi Ikan Sardin Masak Sos
Video masakan ikan sardin masak merah paling simple. Cepat dimasak. Anda kena cuba. Penyediaan cukup ringkas. Resepi ikan sardin. Resepi ikan sardin masak sos ni menjadi kesukaan hidangan sekeluarga. Selain kari, ikan goreng, jom cuba ikan sardin masak sos cili. Yummy.
Bahan yang diperlukan untuk membuat ikan sardin masak sos antaranya ikan sardin, bawang holland, serai dan sos cili. Lihat sini:
PANDUAN CARA MASAK IKAN SARDIN SOS SUPER SIMPLE TAPI SEDAP GILER
Cara memasak ikan sardin masak merah. Mula-mula siang ikan sardin terlebih dahulu. Seterusnya ikan sardin digoreng. Hiris bawang holland. Kemudian tumis. Masukkan serai, sos cili dan ikan sardin yang dah digoreng tadi. Simple kan. Sajian ikan sardin masak sos kesukaan kami sekeluarga.
Cara Menyiang Ikan Sardin
Video cara siang ikan sardin dengan mudah sekali. Dalam video ini akan menunjukkan cara menyiang ikan sardin. Di Indonesia mereka gelar ikan ni ikan sarden. Bentuknya seakan sama dengan ikan tongkol. Jadi kalian harap panduan cara siang ikan sardin ni amat membantu anda semua.
Langkah menyiang ikan sardin. Mula-mula cuci ikan sardin terlebih dahulu. Buang bahagian ekornya. Juga buang bahagian mulutnya.
Lihat sini:
VIDEO CARA MENYIANG IKAN SARDIN DENGAN SENANG SEKALI
Langkah seterusnya cara siang ikan sardin adalah membuang bahagian insang dan perutnya. Bahagian ini paling banyak darah. Lepas selesai membuang insang dan perut, cuci bersih ikan sardin.
Kemudian potong ikan sardin kepada beberapa bahagian sebelum dimasak. Itu sahaja. Mudahkan. Semoga panduan cara menyiang ikan sardin memberi manfaat buat semua.
Cara Menyiang Ketam Nipah
Video cara siang ketam nipah dengan mudah sekali. Dalam video ini akan menunjukkan cara menyiang ketam nipah. Ada yang panggil ketam bakau. Ketam nipah ni berbaloi makan sebab banyak isi. Terutama bahagian sepit ketam. Isi gemuk gebu di situ. Saya paling suka makan telur ketam di bahagian cengkerangnya. Begitu enak. Jadi kalian harap panduan cara siang ketam nipah ni amat membantu anda semua.
Langkah menyiang ketam nipah. Mula-mula cuci cengkerang ketam terlebih dahulu. Di bahagian atas, tepi dan bawah cengkerangnya. Sebabnya badan ketam biasa diselimuti oleh tanah atau lumpur. Hanya perlu gosok sedikit bahagian cengkerangnya. Lihat sini:
VIDEO CARA MENYIANG KETAM DENGAN SENANG SEKALI
Langkah seterusnya cara siang ketam nipah adalah patahkan sepitnya. Ketuk sepit ketam dengan lesung batu sehingga pecah. Tujuan supaya senang nak makan. Tidaklah jari terluka disebabkan bergusti nak makan isi ketam bahagian sepitnya tu.
Tanggalkan cengkerang ketam dari badannya. Gunting sekitar bahagian mulut ketam. Gunting bahagian kaki ketam juga. Buang kantung pada bahagian mulut ketam. Itu sahaja. Mudahkan. Semoga panduan cara menyiang ketam nipah memberi manfaat buat semua.