Soalan Mencabar Clever Girl Malaysia

Soalan Mencabar Minda Clever Girl Malaysia 2016 TV3 Video menguji IQ kehebatan peserta Clever Girl Malaysia. Anda rasa anda bijak pandai? Mari uji kepintaran anda dengan soalan sukar dan mencabar! Benarkah soalan Clever Girl TV3 sama taraf dengan POP KUIZ? Seperti diperkatakan sebelum ini. Jangan buat kesimpulan awal, kita lihat soalan dalam video ini dahulu.

Soalan terbahagi kepada 3 bahagian. Makin lama soalan semakin sukar! Peserta yang jawab dengan betul dan terpantas akan memperolehi markah tertinggi, seterusnya terpilih sebagai juara mingguan.

Clever Girl Malaysia rancangan tv yang bagus ditonton oleh anak-anak. Didik manja dengan pendedahan pengetahuan am sebegini. Jom jadi pelajar dan belia terpintar Malaysia!

Soalan Mencabar Clever Girl Malaysia
[JAWAPAN DISEDIAKAN SEPERTI DINYATAKAN DI BAWAH]

 SOALAN UNTUK PENONTON:
1. Bahasa utama yang dituturkan di Brazil adalah…
A. Sepanyol B. Portugis C. Itali D. Perancis

2. Kereta api Bukit Bendera di Pulau Pinang menggunakan sistem…
A. FUNIKULAR
B. KERETA KABEL
C. MONOREL
D. ALIRAN RINGAN

3. Lembah Bujang terletak di negeri…
A. JOHOR
B. MELAKA
C. PERLIS
D. KEDAH

Soalan peserta Clever Girl Malaysia
SOALAN PUSINGAN 1
1. Pemain golf Vijay Singh mewakili Negara…
A. TRINIDAD & TOBAGO
B. INDIA
C. FIJI
D. KENYA

2. Mentol elektrik mengandungi gas yang dikenali sebagai…
A. VAKUM SAHAJA (TIDAK MENGANDUNGI GAS)
B. HELIUM
C. OKSIGEN
D. NITROGEN

3. Di antara berikut, Negara manakah yang telah memenangi piala dunia sebanyak dua kali sahaja?
A. ARGENTINA DAN URUGUAY
B. ENGLAND DAN PERANCIS
C. SEPANYOL DAN BELANDA
D. ITALI DAN JERMAN

4. Daya F dikenakan pada satu spring adalah berkadar langsung kepada pemanjangan atau mampatan spring, X. Pernyataan di atas adalah..
A. HUKUM SNELL
B. HUKUM HOOKE
C. HUKUM CHARLES
C. HUKUM GERAKAN NEWTON KETIGA

5. Antara berikut watak amnakah yang tidak dilakonkan oleh Johny Depp?
A. THE LONE RANGER
B. TONTO
C. EDWARD SCISSORHANDS
D. RANGO

6. Antara tanaman-tanaman berikut, tanaman manakah yang akan mengeluarkan hasilnya dahulu?
A. JAGUNG
B. LOBAK
C. LABU.
D. TOMATO

7. Sekiranya tukang masak menggunakan teknik ‘julienne’ untuk memotong lobak merah, maka hasilnya adalah?
A. CAKERA
B. KIUB
C. HIRISAN TEBAL
D. HIRISAN NIPIS

8. Beata Szydlo merupakan perdana menteri bagi Negara?
A. CROTIA
B. SERBIA
C. POLAND
D. HUNGARY

9. Pada kurun ke-17, takhta merak telah dibina untuk siapa?
A. NADIR SHAH
B. SHAH JAHAN
C. AKBAR
D. AURANGZEB

10. Saiz zarah nuklear dinyatakan dalam unit yang dikenali sebagai
A. FERMI
B. ANGSTROM
C. TESLA
D. PLANCK
 
soalan mencabar minda clever girl malaysia 2016 tv3, soalan uji iq, jadi bijak pandai, pelajar dan belia terpintar malaysia, didik manja, rancangan tv terbaik untuk anak, gambar dan video clever girl malaysia
Soalan Mencabar Clever Girl Malaysia
SOALAN PUSINGAN 2
1. Jika gear A bergerak mengikut arah jam, yang manakah kenyataan berikut adalah benar?
A. GEAR C DAN GEAR D BERGERAK MENGIKUT ARAH LAWAN JAM
B. GEAR C BERGERAK MENGIKUT ARAH JAM DAN GEAR D BERGERAK MENGIKUT ARAH LAWAN JAM
C. GEAR C DAN GEAR D BERGERAK MENGIKUT ARAH JAM
D. GEAR C BERGERAK MENGIKUT ARAH LAWAN JAM DAN GEAR D BERGERAK MENGIKUT ARAH JAM

2. Angkasa lepas bermula dari jarak/ ketinggian _____ km dari paras laut.
A. 90 KM
B. 100 KM
C. 120 KM
D. 150 KM

3. Seseorang boleh dianggap obes jika indeks jisim badan (BMI) berada di atas bacaan?
A. 15
B. 20
C. 25
D. 50

4. Apabila kuda catur berada pada A, berapakah jumlah gerakan minimum untuk ia sampai ke B?
A. 2
3. 3
C. 4
D. 5

5. “To thine own self be true”. Daripada karya Shakespeare yang manakah ungkapan ini dipetik?
A. MACBETH
B. KING LEAR
C. HAMLET
D. JULIUS CAESER

6. Berapa lamakah masa diambil untuk 2 kereta api berukuran 100 meter panjang melintasi antara satu sama lain dengan kelajuan 1000 meter per minit.
A. 1 MINIT
B. 12 SAAT
C. 6 SAAT
D. 3 SAAT

7. Abad ke-21 akan tamat pada…
A. 31 DISEMBER 2100
B. 31 DISEMBER 2099
C. 31 DISEMBER 2101
D. 31 DISEMBER 2200

8. Siapakah antara berikut merupakan timbalan perdana menteri Malaysia yang kedua?
A. TUN DR ISMAIL ABDUL RAHMAN
B. TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN
B. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
D. TUN DATO’ MUSA HITAM

9. Jika bentuk di bawah menjadi kiub, antara berikut kenyataan manakah yang betul?
A. HIJAU DAN UNGU BERADA PADA ARAH YANG BERTENTANGAN
B. HIJAU DAN KUNING BERADA PADA ARAH YANG BERTENTANGAN
C. KUNING DAN HIJAU BERADA PADA ARAH YANG BERTENTANGAN
D. BIRU DAN KUNING BERADA PADA ARAH YANG BERTENTANGAN

SOALAN PUSINGAN 3
1. Mengikut kajian pakar astronomi, matahari kita akan tamat hayatnya sebagai _____.
A. GERGASI MERAH
B. KERDIL PUTIH
C. BINTANG NEUTRON
D. LUBANG HITAM

2. Tiga warna yang bergabung untuk membentuk cahaya putih adalah…
A. MERAH, KUNING, BIRU
B. HIJAU, BIRU, KUNING
C. MERAH, HIJAU, BIRU
D. HIJAU, KUNING, MERAH

3. Apakah nama lama bagi Kota Kinabalu?
A. WELESLEY
B. JESSELTON
C. FRASER
D. LAGUNA

4. Bahan semikonduktor yang paling biasa digunakan dalam elektronik adalah ____.
A. SILIKON
B. GERMANUM
C. KARBON
D. GALIUM

5. Apakah masa dalam posisi terakhir untuk siri berikut?
1:20     1:45     2:10     ?
A. 2:40
B. 2:45
C. 2:35
D. 2:30

SOALAN PUSINGAN JUARA MINGGUAN
1. Dalam formula terkenal E=MIC2, C mewakili…
A. COULOMB
B. KAPASITANS
C. KELAJUAN CAHAYA
D. PEMALAR EINSTEIN

2. Berdasarkan teori Alvarez, sebuah asteroid telah menimpa bumi kita dan telah menamatkan zaman dinosaur pada ____tahun dahulu.
A. 200 JUTA
B. 45 JUTA
C. 100 JUTA
D. 65 JUTA

SOALAN PUSINGAN PENYINGKIRAN
1. LIMA (Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition) dianjurkan setiap ____ sekali.
A. 1 TAHUN
B. 2 TAHUN
C. 3 TAHUN
D. 4 TAHUN

2. Nama sebenar bagi kartunis LAT ialah ____
A. DATO’ MOHAMMAD TALAT
B. DATO’ MOHAMMAD NOR KHALID
C. DATO’ NIK MUHAMMAD BIN KADIR
D. DATO’ MOHAMMAD SALLEH

3. Apakah nama sebenar Genghis Khan?
A. JOCHI
B. TOLUI
C. OGEDEI
D. TEMUJIN

4. Gunung berapi yang memusnahkan Pompeii ialah…
A. ST HELENA
B. VESUVIUS
C. VILLARRICA
D. MAYON

Ingin tahu segala jawapan di atas? Lihat jawapannya di sini:


Ternyata soalan Clever Girl Malaysia siaran TV3 begitu mencabar. Ternganga nak jawab tak tahu jawapan. Teka boleh la. Ikut nasib, kalau cun tembak, mengena! Kalau tak kena, tettt…jawapan terbabas. SALAH! Bagus jugak tengok rancangan berilmiah macam ni kat kaca tv, menambah pengetahuan. Eh korang layan jugak ke Clever Girl TV3 ni? Apa pendapat korang tentang soalan dalam program ni. Susah ke senang? Ke bagi korang ianya soalan pop kuiz? Kalau korang banyak jawab betul, memang hebat la. Korang antara terpintar kat Malaysia ni.

2 comments:

  1. Replies
    1. soalan clever girl malaysia tv3 makin mencabar dan sukar

      Delete