Semakan
Peminjam PTPTN Yang Disenarai Hitam CCRIS | Ada yang
ingin tahu cara semak PTPTN senarai
hitam peminjam (PTPTN senarai hitam Imigresen).
Alaa mudah je la. Boleh semak status diri kita sama ada terkena senarai hitam
ataupun tak menerusi PTPTN online je
(PTPTN check blacklist).
PTPTN
senarai hitam CCRIS bagi peminjam PTPTN yang ingkar dan
enggan membayar balik pinjaman PTPTN, walaupun surat amaran dari PTPTN telah
diberikan. Untuk mengelak daripada senarai hitam PTPTN, kita sebagai peminjam
hendaklah membuat bayaran balik secara beransur-ansur, sentiasa semak baki PTPTN. Dibawah diterangkan
juga senarai hitam PTPTN ditarik balik.
Bagaimana cara semakan senarai hitam PTPTN dan apa kesan senarai hitam imigresen? |
Semakan
senarai hitam boleh dilakukan di laman web PTPTN (Semakan Peminjam Yang Disenarai
Hitam) atau hubungi Call Centre di talian 03-2080 4455.
Cara Buat Semakan Senarai Hitam Imigresen
Senarai peminjam PTPTN yang telah dikenakan
sekatan imigresen atau disenarai hitam imigresen boleh semak nama anda pada
link berikut. Klik Semakan
senarai hitam imigresen untuk memulakan proses semakan blacklist PTPTN. Sila klik pada bahagian butang semak.
Sekiranya nama anda telah
disenaraihitam, sila buat rundingan dan menjelaskan amaun yang dipersetujui
bersama tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Luar Negara dan memaklumkannya
kepada PTPTN selepas bayaran tersebut dibuat.
Peringatan Buat
Peminjam Sebelum Nama Di Senarai
Hitam PTPTN
1. Peminjam ingkar lain yang belum
disenaraihitam dinasihat untuk membuat bayaran segera mengikut jadual yang
ditetapkan sebelum tindakan yang sama diambil.
2. Prosedur rayuan senarai hitam dan /
atau saman (sebelum penghakiman direkodkan) --Klik di Sini
3. Setelah klik butang 'SEMAK', anda
akan dibawa ke Sistem Semakan Status Blacklist di portal Jabatan Imigresen
Malaysia. Pihak PTPTN tidak akan bertanggungjawab sekiranya sistem tersebut
mengalami gangguan atau tidak dapat diakses. Mohon rujuk portal Jabatan Imigresen Malaysia untuk makluman
lanjut.
Kesan
Senarai Hitam Peminjam PTPTN Dalam Rekod CCRIS
1. Peminjam PTPTN yang enggan membuat bayaran
balik hutang mereka, menyebabkan mereka tidak dapat keluar negara. Mereka akan
disekat di bahagian Imigresen airport.
2. Peminjam PTPTN juga tidak dapat memohon
atau memperbaharui pasport mereka.
3. Penguatkuasaan senarai hitam
diambil kepada mana-mana penerima biaya (peminjam PTPTN) yang mempunyai tunggakan
bayaran balik pembiayaan atau pinjaman.
Senarai
Hitam PTPTN Ditarik Balik
Cara bagi senarai hitam PTPTN ditarik
balik, ikuti panduan berikut. Penerima biaya atau peminjam PTPTN dikehendaki
membayar keseluruhan pembiayaan pendidikan termasuk semua kos yang dikenakan
sebelum nama anda dikeluarkan daripada senarai hitam. Walau bagaimanapun,
penerima biaya boleh berunding dengan
PTPTN bagi menetapkan bayaran ansuran atau kaedah lain yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Pendek kata, bila kita berhutang,
buatlah bayaran balik, tidak kisah la nak buat bayaran lump sum atau buat
bayaran ansuran. Yang penting ada bayaran dibuat. Tidaklah nama kita nanti
direkod dalam CCRIS kena senarai hitam PTPTN. Bila nama tercatat dalam senarai
hitam imigresen, bukan ke kita juga yang susah, tak dapat nak keluar negara. Dikenakan
sekatan.
bayar je biarpun RM 50.00/bulan...yg penting bayar sbb mmg kita dah buat pinjaman tu...bab riba, interest tinggi bagai tu antara orang berkenan dgn Allah s.w.t ...
ReplyDeletejanji tugas kita bayar sbb kita dah pinjam
bayar rm50 tu a luak pun dah tolak dgn rm17.50 setiap kali bayar...lolz..
Deletenak tanya..berapa tempoh masa untuk disenarai hitam??24 bulan dari tarikh tamat blaja ke?
Deletekalau dah semak kat web imigresen n status "Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat"..means?? sy dah blacklist ke? n saya lagi dapat kluar negeri x? maksud sy ke sarawak-semenanjung @ sebaliknya
ReplyDeleteyang tu, sy tak pasti, boleh datang terus ke pejabat imigresen untuk pengesahan status blacklist.
Deleteyg nama dah kena blaclist tu, hanya ke luar negara je tak boleh. setakat masih dalam malaysia itu boleh lg terbang.
status blacklist imegresen ada tertulis SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN TERDEKAT .. adakah saya akan dihalang keluar dari KUCHING (KIA) dan masuk KL (LCCT)? Mohon pencerahan..
ReplyDeleteboleh datang terus ke pejabat imigresen untuk pengesahan status blacklist / nama disenarai hitam
Deleteyg nama dah kena blaclist tu, hanya ke luar negara je tak boleh. setakat masih dalam malaysia itu boleh lg terbang. sarawak-sabah-semenanjung masih lagi boleh terbang
Dan yg byar potongan gaji dgn tiada tunggakan pun pun kena black list.surat pengesahan dr ptptn dgn status pmbayaran dengan nilai tiada tunggakan pun x boleh pakai.kenapa nak kuarkan surat pengesahan yg x boleh pakai.buat loan keta pun jadi buang ke laut suratnya.
ReplyDeleteDan yg byar potongan gaji dgn tiada tunggakan pun pun kena black list.surat pengesahan dr ptptn dgn status pmbayaran dengan nilai tiada tunggakan pun x boleh pakai.kenapa nak kuarkan surat pengesahan yg x boleh pakai.buat loan keta pun jadi buang ke laut suratnya.
ReplyDeleteyg tu kena refer pada pejabat imigresen, sebab mengapa nama blh jd blacklist
DeleteBila call bahagian senarai hitam pun tiada siapa yang nak angkat. Manjang sibuk jer dorang tuu
DeleteBila call bahagian senarai hitam pun tiada siapa yang nak angkat. Manjang sibuk jer dorang tuu
Delete