Harga Buat Ujian Darah HbA1c Di Klinik Swasta

Harga Buat Ujian Darah HbA1c Di Klinik Swasta

Kat klinik mana boleh buat ujian darah HbA1c? Berapa bayaran harga buat ujian darah HbA1c di klinik swasta? Perlukah kita berpuasa untuk buat ujian HbA1c? Bila sebut klinik swasta, kita dah terbayang-bayang, pasti caj buat ujian darah HbA1c mahal. Berapa ringgit ye agaknya buat ujian HbA1c ni? Nak tahu? Baca selanjutnya.

Buat Ujian Darah HbA1c Selepas MOGTT Kantoi

Ibu Hamil Buat Ujian Darah HbA1c Selepas MOGTT

Selepas dapat keputusan MOGTT, doktor suggest kat aku untuk buat ujian darah HbA1c. Semuanya gara-gara result MOGTT aku tak cantik. Di paras 8.3 mmol. Masa aku buat ujian MOGTT tu, usia kandungan aku mencapai 12 minggu. Katanya, memandangkan masih di awal trimester hamil, bacaan gula dalam darah aku agak tinggi, doktor syak mungkin aku ada kencing manis. So, untuk dapatkan keputusan yang tepat doktor suruh aku buat ujian darah HbA1c.

Keputusan MOGTT Minum Air Gula Ibu Mengandung

Keputusan Bacaan Gula Dalam Darah MOGTT Ibu Hamil

Ini merupakan pengalaman kedua aku membuat ujian MOGTT. Untuk anak kedua ni, ujian MOGTT aku buat pada kehamilan minggu ke-12. Sama juga untuk anak pertama dulu, minum air gula masa usia kandungan masuk 3 bulan. Apa itu MOGTT? Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) juga dikenali Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT).