Harga Buat Ujian Darah HbA1c Di Klinik Swasta

Harga Buat Ujian Darah HbA1c Di Klinik Swasta

Kat klinik mana boleh buat ujian darah HbA1c? Berapa bayaran harga buat ujian darah HbA1c di klinik swasta? Perlukah kita berpuasa untuk buat ujian HbA1c? Bila sebut klinik swasta, kita dah terbayang-bayang, pasti caj buat ujian darah HbA1c mahal. Berapa ringgit ye agaknya buat ujian HbA1c ni? Nak tahu? Baca selanjutnya.


Pengertian Dan Makna HbA1c

HbA1c dikenali hemoglobin berglukosa.

Tujuan Ujian HbA1c Dibuat

Sebab mengapa ujian HbA1c dilakukan, ianya untuk memantau keberkesanan kawalan glukosa dalam darah. Terutama di kalangan ibu hamil, penyakit diabetes mellitus merbahaya pada diri wanita hamil termasuk bayi dalam kandungannya. Sebab itu dilakukan ujian HbA1c supaya dapat memantau dan memberi rawatan pesakit kencing manis di kalangan ibu mengandung. Ini bagi kes kehamilan yang ada kencing manis. Saya pula perlu buat HBA1C sebab…boleh baca kat sini: Misi buat ujian darah HBA1C di klinik luar selepas MOGTT kantoi

harga buat ujian darah hba1c di klinik swasta, pengertian dan makna hba1c, sebab mengapa ujian darah hba1c dibuat, bayaran klinik swasta buat ujian darah hba1c
Ambil ujian darah HBA1C pada lengan

Bayaran Klinik Swasta Buat Ujian Darah HbA1c

Harga melakukan ujian HbA1c adalah berbeza bagi setiap klinik. Melalui pembacaan saya, ada klinik luar yang cas RM32 untuk ujian HbA1c ni. Menurut doktor yang rawat saya, harga sekitar RM30 sehingga RM40. Tapi klinik swasta yang saya pergi mengenakan harga RM35 untuk ujian HbA1c. Kat mana saya buat? Kat Klinik Dr. Wong Mukah. Doktornya sangat peramah. Hebat dalam mencari urat darah. Sekali cucuk terus mengena. Proses mengambil darah mudah dan cepat. Tak sakit.

Hasil ujian HbA1c boleh dapat dalam tempoh seminggu. Saya masih lagi menunggu keputusan. Harap-harap bacaan gula dalam darah saya bagus. Risau pulak rasanya. Sekian perkongsian harga buat ujian darah HbA1c di klinik swasta, moga membantu anda dalam mencari maklumat pasal HbA1c nih.

1 comment:

  1. Rasanya memang rate tu kat.... Smeoga cepat sembuh ya...

    ReplyDelete